Followers

Aug 18, 2009

Islam Lemah kerana Kuasa Politik Berpecah

Print This Post Print This Post Email This Post Email This Post

DAP Semakin Melampau

Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam. Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku. Mereka yang tidak seimbang ini hanya ‘garang dan cengih’ sesama muslim, tetapi membiarkan orang lain membelasah muslim secara biadap. Terakhir mereka menghina Dr Redhuan Tee. Saya amat berdukacita dengan bahasa dan cara mereka. Seperti biasa akan ada yang memakai ‘topeng bernama Islam’ menjustifikasikan mereka. Malanglah, apabila kegilaan kuasa melupakan kita kepada ukhuwwah dan akidah Islamiyyah. Secara umumnya, saya bersetuju dengan kenyataan YB Zulkifli Nordin.

- dr mohd asri, london.

Artikel Dr Redhuan Tee, sila klik di sini.

Kenyataan YB Zulkifli Nordin, sila klik di sini.


Jul 29, 2009

Sejauh mana Kejujuran DAP dan PKR terhadap Negara Islam



Apakah tujuan sebenar PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR? Apakah niat dihati DAP dan PKR sanggup membantu PAS?

Dua persoalan diatas ini sangat penting dianalisa dan diberikan jawapan yang logik dari segi akal fikiran.

Sebenarnya tujuan DAP menyokong PAS se mata2 untuk memecahkan kuasa politik melayu/Islam. Dan mereka sudah pun berjaya. Hasilnya kita dapat lihat bagaimana giarahnya pemimpin2 PAS dan UMNO membodek kaum kafir ini. Sehingga ada yang sanggup mengikuti upacara keagamaan mereka. Ini hanya satu contoh, jika benar2 PR berkuasa, PAS akan tenggelam. Yang timbul hanya "Pakatan Rakyat" yang sangat menguntungkan kaum kafir.

Hari ini kaum melayu/Islam sudah jadi sangat lemah kuasa politiknya kerana perpecahan ini. Tidak mustahil dalam masa jangka pendek melayu/Islam akan terus kehilangan kuasa politiknya.

Untuk mengekalkan kuasa politik melayu/Islam, tiada jalan lain selain semua kaum melayu/Islam bersatu dalam sebuah parti.

Sedangkan kaum kafir sudah bersatu dalam DAP, paling malang bagi kaum melayu kerana PAS dan PKR sanggup membantu DAP menjadi bertambah kuat.

Kaum melayu/Islam harus segera sedar perkara buruk ini. Tolak PAS dan PKR yang membantu DAP.

Jul 1, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah


DAP, PKR dan PAS

PAS sudah memperkecilkan dirinya apabila bersengkokol dengan DAP dan PKR. PAS sanggup bersengkokol kerana mahukan sokongan dari DAP dan PKR, sebalik nya telah membuat PAS sebagai 'parti pengemis '.

Dalam BN, UMNO telah di persetujui dan di sahkan sebagai peneraju utama parti.
'Pakatan Rakyat' tidak pernah ujud dalam hitam puith. Siapa yang mengetuai PR. DAP, PKR atau PAS?

Sebenarnya PAS tidak boleh membuktikan dirinya sebagai peneraju utama PR. PAS cuma ada 23 kerusi sahaja berbanding dengan DAP 28 dan PKR 31. Jika dikira mengikut bilangan kaum pula ianya sangat mengecewakan orang melayu/Islam.

Jika PR dapat berkuasa memerintah, kaum melayu/Islam akan terus terpinggir dan akhirnya akan menjadi setaraf dengan melayu/Islam di Singapura.