Followers

Jul 1, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah


DAP, PKR dan PAS

PAS sudah memperkecilkan dirinya apabila bersengkokol dengan DAP dan PKR. PAS sanggup bersengkokol kerana mahukan sokongan dari DAP dan PKR, sebalik nya telah membuat PAS sebagai 'parti pengemis '.

Dalam BN, UMNO telah di persetujui dan di sahkan sebagai peneraju utama parti.
'Pakatan Rakyat' tidak pernah ujud dalam hitam puith. Siapa yang mengetuai PR. DAP, PKR atau PAS?

Sebenarnya PAS tidak boleh membuktikan dirinya sebagai peneraju utama PR. PAS cuma ada 23 kerusi sahaja berbanding dengan DAP 28 dan PKR 31. Jika dikira mengikut bilangan kaum pula ianya sangat mengecewakan orang melayu/Islam.

Jika PR dapat berkuasa memerintah, kaum melayu/Islam akan terus terpinggir dan akhirnya akan menjadi setaraf dengan melayu/Islam di Singapura.

11 comments:

faethal said...

Mana ada PAS BARU...
UMNO BARU adalaa..

Anonymous said...

lebih baik logo UMNO dalam bendera PAS tuh drpd

logo DAP dalam bendera PAS..

PAS-UMNO bersatu lah..

karpal singh paling takut kalau PAS-UMNO bersatu

sebab konfom melayu akan jadi kuat..

ni TANAH MELAYU kite....

mail lambong said...

tak perlu kerajaan perpaduan..umno tu yang perlu berubah..buat malu orang melayu je..kalau setakat melayu tu takpa la ni mengaku islam tapi tak mahu ikut islam..
masjid dah tak ramai orang..disko ngan pup penuh la pulak bangsa melayu yang mengaku islam tu.. no ekor usah cerita laa memang banyak lah keparat2 ni..bila orang tegur marah..pandai menjawab pulak tu..jawapannya aku berjudi bukan mencuri..tahu pulak mencuri tu berdosa tapi berjudi tak berdosa ke..pelik-pelik...ini lah akibatnya kalau kita tak rombak sistem pemerintahan kita..takat tu je laa kemajuan islam di malaysia ni..bila orang sebut bab hudud dia tanya orang tu kenapa tak buat padahal dia ada kuasa..kuasa besar pulak tu..kuasa persekutuan.. yang si cerdik agama dah terbahagi dua.. golongan pemerintah ni takkan tegur perbuatan-perbuatan maksiat di negara kita ni..kesudahannya kita labelkan golongan yang nak bawa pembaharuan ni extrimis..bangkit la saudara seislamku..sedar..sayang anak cucu kita..bukan senang nak dapat nikmat yang besar iaitu islam..kita patut bersyukur sebab lahir-lahir dah islam..hargai lah.. jangan lah kita perlekehkan golongan-golongan ulamak..banyak benda yang kita tak tahu..belajar lah..jangan ikut budaya ikutan syaitan,yahudi,nasrani buruk akibatnya..
perkara yang paling aku kesal bila orang islam itu sendiri tidak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam..
aku ingin bertanya kepada semua pembaca yang budiman,adakah anda perhatikan keadaan sekeliling,
1)berapa ramai orang islam dimalaysia yang solat lima waktu
2)berapa ramai anak-anak muda yang menghormati orang lebih tua
3)berapa ramai golongan cerdik al-quran
DAN KITA BANDINGKAN PULA DENGAN SATU LAGI GOLONGAN.
1)berapa ramai yang berebut-rebut masuk pertandingan menyanyi
2)berapa ramai peminum arak dikalangan masyarakat melayu-islam
3)berapa ramai golongan yang mengejar semata-mata dunia.
maha suci allah..ampunkanlah dosa-dosa saudara seislam ku kerana gagal mempertahankan kesucian islam dimuka bumi malaysia.ya allah ya tuhanku.. selamatkanlah kami danketurunan kami dari terjerumus ke lembah maksiat yang hina.selamatkan lah kami dari kehancuran dan kerosakan iman-amin

YANG GAMBI said...

Kata-kata faizal macam munafik, apa ? orang UMNO tidak mengucap, tidak sembahyang, tidak berpuasa, tidak pergi haji, tdak berzakat ? Puak-puak PAS berlambak buat maksiat, harapkan serban dan jubah untuk tipu umat Malayu.......

Biasanya orang yang tuduh orang lain kafir, diri sendiri lebih kafir lagi.......

mail lambong said...

sebab apa itu semua terjadi sebabnya mudah

bila ada pemimpin melayu yang mengaku islam halalkan
1)judi yang berlesen
2)pusat hiburan yang berlesen
3)hiburan tv yang melampau
4)mengikut budaya barat yang
terang-terang kafirnya tu
5)pemimpin yang cintakan
hiburan duniawi

mail lambong said...

kepada yang gambi sila lihat ni
http://www.youtube.com/watch?v=xwYEW8pIbn4&feature=related

mail lambong said...

http://www.youtube.com/watch?v=vX9cv9phRUE

Anonymous said...

Sudahlah Faizal.... Sekarang kat negeri Pas Perintah mana janji korang puak jumud ni buat...

arak.. judi... maksiat.. masih banyak..

dan satu lagi statistik mana yang engkau amik untuk mengatakan kadar maksiat di negara ni lebih tinggi...

Orang islam yg ikhlas takkan menunjuk-nunjuk bila ibadat.. tak macam orang tua tu... siap amik gambar lagi...

lagi satu... UMNO tak pernah hina ulamak... kalau kau kata orang tua tu ulamak... bagi majoriti rakyat malaysia dia bukan lagi ulamak bilaman dah jadi FLIP FLOP person...

mail lambong said...

Orang munafik tidak akan merasa kemanisan bahkan seolah-olah rasa terpaksa setiap kali melakukan ibadah. Semuanya dilakukan demi mengelabui mata manusia. Sifat malas, cuai, suka bertangguh-tangguh dan bermudah-mudah akan dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu sudah menjadi tradisi bagi Khalifah Ur Rasyidin yang empat, mereka tidak akan menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang cuai beribadah (terutamanya solat) kerana khuatir amanah rakyat jatuh ke tangan orang-orang munafik.

Memecah-belahkan orang beriman dengan projek-projek yang tidak ikhlas
Rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat meruntuhkan sebuah masjid yang didirikan oleh orang-orang munafik. Peranan masjid yang asalnya suci telah dijadikan tempat untuk memecah-belah perpaduan orang-orang beriman. Orang munafik merasakan tindakan mereka bertopengkan agama itu akan berjaya. Namun Rasulullah saw lebih tahu apa yang tersirat di hati mereka. Allah SWT telah memberitahu hal ini melalui firman-Nya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.

Mereka sesungguhnya telah bersumpah: “Kami tidak mengehendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (Surah At-Taubah : 107)

Anonymous said...

Pas Baru, sempurnakan perjuangan dan sebagai anak baru saya juga ingin melihat warna hijau tu hijau muda yang segar bugar dan huruf alif, min, nun, wau itu perlu diserlahkan.

Anonymous said...

Cantik logo pas baru.Logo umno telah tinggal ditengah dilingkungi logo parti Pas.Sebenarnya perubahan PRU12 banyak menjadikan rakyat celik mata dan perut..kah kah kah..